Pengumuman Bonus Tabung Haji 2014 2015 Lembaga Tabung Haji
(TH) telah mengumumkan bonus tahunan bagi kewangan berakhir 31 Disember 2014
kepada pendeposit pada Khamis, 22 Januari 2015
Kadar peratusan bonus tahunan Tabung Haji yang diumumkan itu
kompetitif dengan kadar pulangan akaun deposit tetap Perbankan Islam dan
Konvensional
Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 Tabung Haji
mencatatkan prestasi kewangan yang memberangsangkan, selain ‘Bonus Tahunan’
pendeposit turut mendapat pulangan pemberian ‘Bonus Haji’ seperti tahun
sebelumnya
Sebagai makluman, Bonus haji adalah bonus khas yang diberi
kepada para pendeposit TH yang belum pernah menunaikan haji dan terhad kepada
bayaran haji semasa
Pemberian Bonus Haji menunjukkan keiltiziman TH dalam
menjaga kebajikan para pendeposit
Berikut adalah carta senarai agihan pendapatan Bonus Tahunan
Tabung Haji (TH) dan Bonus Haji bagi tahun terdahulu dan terkini Tahun Bonus
Tahunan (TH) Bonus Haji 2011 6.5% – 2012 6.5% 1.5% 2013 6% 2% terkini 2014
6.25% 2% Dividen Bonus Tabung Haji 2015
Nota: Para pendeposit boleh menyemak pengkreditan Bonus
melalui kaunter Tabung Haji dan ATM bank-bank rakan strategik Tabung Haji iaitu
Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamic mulai 26 Januari 2015
No comments:
Post a Comment